Sunday 30 September 2012

Remaja Melayu Masa Kini


Pada satu hari  dalam perjalanan SJ menuju ke Johor Bahru dengan menaiki bas.SJ terpandang aksi-aksi anak-anak bangsa SJ yang masih belasan tahun ini agak keterlaluan.Dan SJ rasa terpanggil untuk berkongsi cerita yang boleh di jadikan ikhtibar ini dengan anda semua.Semasa SJ kat bas stand muar,SJ nampak ramai betul pansanggan bercinta ini rata-rata di bawah 18thn dan masih di tanggung sepenuhnya oleh ibu/bapa mereka.Apa yang SJ nampak semuanya anak-anak Melayu yang beragama Islam,masih lagi di alam persekolahan.Apa yang ingin SJ kongsikan adalah kesan-kesan buruk yang bakal berlaku atau pun menimpa anak-anak remaja ini adalah sangat membimbangkan.SJ melihat perkara-perkara sebegini dalam sudut yang luas.Yang Pertama: Hubunggan tanpa pengawasan ataunpun tanpa batas ini boleh menyebabkan perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku.Yang Kedua: Remaja-remaja ini terdedah kepada genjala sosial yang keterlaluan,sehinggakan berlakunya hubunggan jenis.Yang Ketiga:Si anak-anak gadis ini akan melahirkan anak luar nikah atau dalam istilah (Anak Haram) ini yang belum tentu lagi nasibnya bagaimana,sebagai contoh anak-anak luar nikah ini munkin akan ke Tong Sampah,Ke Singki atau pun Mangkuk Tandas,Ke Dalam Semak,Di Campak Dari Atas Flat dan Hanya sebilanggan kecil yang dapat di selamatkan.Yang Keempat: Anak-anak gadis ini bakal tidak menyambung atau melanjutkan pelajar mereka di sekolah menengah kerana di sebabkan mereka ini hamil anak luar nikah,peresaan bersalah dan malu menghantui hidup mereka.Yang Kelima: Anak-anak gadis ini boleh menjadi lebih teruk dari sebelumnya atau pun sebaliknya,munkin mereka merasa trauma,takut pada lelaki atau munkin mereka berdendam pada lelaki,munkin juga mereka terus menjadi Bohsia,GRO atau pun jadi Pelacur,munkin juga mereka ini boleh membunuh diri disebabkan malu dan takut di ketahui oleh ibu/bap dan saudara-mara.Walau pun dalam Kes bunuh diri ini sangat terpencil akan tetapi tidak mustahil rissikonya tetap ada.SJ percaya bukan SJ seorang sahaja yang melihat perkar-perkara sebegini.Motif yang SJ ingin kongsikan bersama ini adalah kesan buruk saja yang kita nampak dan tidak ada kesan baik langsung didalam perhubaggan bebas ini.Siapa yang harus dipersalahkan..? Secara peribadi SJ menyatakan orang pertama yang harus dipersalahkan adalah Ibu/Bapa dan yang kedua adalah Masyarakat sekeliling termasuk SJ sendiri.Tidak terkecuali juga penjawat awam yang memiliki kuasa dan tugas untuk mencegah perkara-perkara sebegini terus berlaku.SJ menyeru dir sendiri dan masyarakat umumnya untuk melihat genjala tidak bermoral ini sebagai satu penyakit yang melanda anak-anak bangsa kita.Munkin Hari Ini Bukan Anak Kita Tetapi Siapa Tahu Esok Lusa Apa Yang Akan Terjadi.


Thursday 6 September 2012

Moral Dan Akhlak Gadis Melayu






Terlebih dahulu SJ ingin mohon maaf sekiranya ada ibu/bapa dan masyarat umum.Tujuan SJ adalah untuk kesedaran kita bersama.Kisah ini mengisahkan anak2 gadis melayu ISLAM yang terlampau mengejar
populariti atau pun glamour yang kadangkala boleh membinasakan diri sendiri.

Gadis2 melayu kini di peringkat persekolahan lagi telah pandai merokok,menghisap dadah (ganja,syabu estesy dan heroin) dan melakukan hubunggan jenis tanpa ada segan silu lagi.Di You Tube saja kita boleh melihat video2 sex atau pun salah laku mereka ini di muat turun tanpa ada perasaan malu,walau pun kebanyakkan kes muat turun video lucah ini di lakukan oleh pasangan lelaki mereka,namun di dalam perkara sebegini tidaklah boleh di salahkan sebelah pihak sahaja,sebabnya ada pepatah lama mengatakan kalau tiada jembatan manakan bisa menyemberang,jadi kedua-dua pihak bersalah,baik yang lelakinya mahu pun si gadis gedik itu sendiri,lihatlah betapa naifnya anak2 bangsa kita ini.

SJ rasa terpanggil untuk membantu anak bangsa dan seagama dengan SJ ini,namun sebatang lidi tidaklah berguna,kalau segengam bolehlah di jadikan penyapu untuk membersihkan laman yang semakin banyak daun kering dan kotoran ini.

Dalam situasi kekalutan akhlak anak2 melayu yang beragama ISLAM ini,SJ ingin bertanya siapakah yang harus di persalahkan..?Ibu/bapa,saudara mara,sahabat handai,kawan2 atau masyarakat umumnya..!

Pada pandanggan SJ yang Pertama sekali harus di persalahkan adalah  Ibu/bapa,kerana di sebabkan sibuk mencari nafkah untuk masa depan anak2,mereka terlupa untuk mendidik anak2 yang telah di amanahkan kepada dengan baik,Ibu/bapa masa kini kurang ambil peduli hal2 sosial anak2 mereka,sebagai contoh:pakaian si anak ini haruslah di ambil berat,jangan sampai anak2 gadis kita memakai pakaian yang menjolok mata,sebab dari pakain yang sexy2 ni boleh menimbulkan nafsu. dan dengan siapa si anak berkawan atau bergaul,kemana si anak ini selalu pergi (lokasi) ini semua munkin di padang remeh,namun pekara yang remeh2 inilah boleh membawa bencana kepada kita.

Yang Keduanya kebanyakan ibu/bapa tak kenal pun dengan anak2nya,dalam erti kata yang sebenar.ibu/bapa tak dapat memahami anak2 mereka sendiri.SJ harap sangat2 semoga ibu/bapa berusaha sedaya munkin untuk mengenali anak2 anda sendiri.SJ teringat di zaman SJ remaja jiran2 atau pun rakan2 ibu/bapa SJ boleh jaga tepi kain SJ,setiap yang SJ lakukan pasti ibu dan bapa SJ tahu,sebab ada yang melaporkan.Zaman sekarang dah tak boleh,kalau kita mengadu kepada jiran kita hal anak2nya,silap2 kita pula yang kena maki hamun,di sinilah terletaknya peranan masyarakat.Apabila sebut je masyarakat skopnya terlalu luas,pendek kata semuanya terlibat di dalam menjayakan lakonan hidup yang singkat ini.

SJ,ibu/bapa dan anda2 semua bolehlah menhayati watak2 yang telah di amanahkan kepada kita semua,tanpa ada yang terkecuali untuk mencegah kemungkaran Bangsa kita yang beragama ISLAM ini,kita semua akan di tuntut dan di pertanggungjawapkan oleh ALLAH di padang masyar nanti..wallahu'Aklam..


Sunday 2 September 2012

Bahaya Daun Dan Air Ketum

   Kenali daun ketum:
Kesan buruk daun ketum yang tidak di sedari oleh kebanyakkan orang.Ketum atau nama Saintifiknya (Mitragyna speciosa korth) juga di kenali dengan nama-nama lain seperti Biak (di utara semenanjung),kratom (english),Kakuam,Ithang/thom (thailand).Pokok ini berasal dari negara kita sendiri,dahulunya ia hidup menliar di kawasan paya,kawasan sawah padi dan di kawasan tanah lebab

   Tanda-tanda ketagihan ketum:
Air rebusan daun ketum apabila di minum dalam kuantiti atau jumlah  yang banyak (setiap hari) boleh mengakibatkan ketagihan yang sama seperti penguna heroin.Tanda-tanda ketagihan air ketum seperti air hidung (hingus) meleleh,lemah anggota badan,sakit perut dan kadang kala boleh mengakibatkan cirit birit.

   Kesan-kesan lain:
Kerap buang air kecil,sukar tidur dan cepat marah.Air ketum juga boleh mereputkan gigi,mehitamkan wajah dan menjadikan peminumnya leka dan hayal.


Friday 31 August 2012

Apa Itu Dadah, Kenali Cara Mudah



Cairan berupa susu yang kering dan diperolehi daripada torehan buah popi yang belum masak.
  	Ia berupa tar , mempunyai bau ringan dan rasa pahit . Ia dimasak dengan air hingga bertukar menjadi coklat kehitaman dan dikenali sebagai candu masak.
   	Candu masak berbau kuat dan rasanya sangat pahit.Bahan kimia narkotik yang terdapat di dalam candu ialah heroin , morfin
	dan kokein .Candu mentah (Raw opium , Black stuff , opium , Madat , Pen Yan . O , Tar )
_ 	Apabila buah  popi muda di toreh ia mengeluarkan getah putih yang bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat atau hitam .
	*Bahan ini dinamakan candu mentah . 
	*Ia mempunyai bau yang kuat , menganjai (elastic) apabila masih segar dan menjadi keras  jika  terdedah pada udara .  
	*Candu yang telah disediakan untuk dihisap 
	*Ia didapati melalui proses ringkas melibatkan pencampuran candu mentah dengan air yang kemudiannya dipanaskan dan ditapis untuk mengasingkan kekotoran seperti habuk daun popi .Bahan
	 -tapisan ini terus dipanaskan sehingga pekat.
	*Candu masak  berwarna coklat gelap dan berupa seperti tar apabila segar. Ia menjadi keras apabila dibiarkan.
	*Candu masak kadang-kadang berupa seperti candu yang berwarna hitam, coklat atau keemasan dan menpunyai buih kecil.
	*Candu masak boleh dimakan, dihisap dengan menggunakan paip atau dengan cara "Chasing the dragon ".
  	 'Chasing the dragon"
   	 -Perkataan slang untuk satu cara menggunakan dadah dimana 
	 dadah seperti heroin,candu atau kokain diletakkan diatas timah/rokok/aluminium foil dan dipanaskan . Asap yang keluar 
	 (berupa seakan seekor naga sedang menjejak ekornyan sendiri ) disedut menggunakan gulungan kertas atau straw .
	*Tahi candu (opium Dross )
	* Tahi candu ialah sisa bakaran / arang candu masak yang telah dihisap .
	*Ia mungkin terdapat dapat dalam bentuk until terbakar ataupun kikisan dari paip candu .
	*Boleh  digunakan semula dengan mencampurkannya dengan air dan candu mentah  ketika proses menyediakan candu mentah
	  ke candu masak . 

Sumber : sabah.edu.my