Friday 29 November 2013

Kenalilah Sikap Anak2 Kita..







Kenalkah Kita Akan Sikap Anak-Anak Kita..?




Anak2 kita kadangkala boleh mengelirukan kita dengan tingkahlaku mereka, sebagai contoh apabila mereka berada di rumah watak dan tingkahlaku mereka sopan santun akan tetapi apabila mereka berada di luar rumah bersama teman2 mereka, watak dan tingkahlaku mereka mula berubah. Mereka pandai memperdaya kita dengan watak2 mereka. Sebagai Ibu/Bapa kita Harus dan Wajip mengenali Anak2 kita, Kita Harus tahu sikap mereka di rumah dan juga sikap mereka apabila berada di luar rumah bersama teman2 mereka. Kita sering mendengar anak luar nikah (anak haram),apabila ini terjadi maka banyaklah tomahan dan cercaan yang di terima oleh keluarga ini, Akan tetapi kebanyakkan Ibu/Bapa tidak mengetahui apa yang mereka tomah dan cerca sedang di lakukan oleh anak2 mereka, tak kiralah anak Lelaki atau Perempuan. Kedua-duanya sama saja apabila terlibat dengan masalah Sosial. Penyakit ini mejoritinya menular di kalanggan Anak Melayu(Islam). Wabak ini amat merbahaya kerana bukan saja Zina ianya boleh terlibat dengan berbagai-bagai lagi penyakit kronik. Salahlaku ini boleh membawa kepada pengunaan Dadah(Ada berbagai-bagai jenis dadah pada masakini yang terdapat di pasaran terang mahupun gelap),Minuman Keras(Arak) dan sebagainya.Maka dari itu saya menyeru diri saya dan juga Tuan2 serta Puan2 untuk mengenali anak2 kita dengan lebih dekat atau pun dengan lebih jelas.Anak adalah amanah Allah kepada kita, maka kita wajip menjaga amanah ini dengan baik, dan kita juga boleh berkongsi amanah ini dengan Keluarga,Jiran2 dan juga Rakan2 kita untuk sama2 menjaga amanah ini. Kita selalu berpesan kepada jiran ("Tolong Tengok2kan rumah saya ye,saya nak balik kampung",tapi kita lupa nak pesan dekat  keluarga,jiran dan rakan2 kita, "Tolong tengok2kan Anak saya,kalau nampak dia buat dan laku perkara2 yang tak
sepatutnya atau pun tak senonoh awak bagi tau saya,")dengan kata yang lebih tepat mereka boleh menjadi Mata dan Telinga kita.Budaya ini di lakukan oleh Datuk/Nenek kita dahulu dan ianya In Shaa Allah 70% berjaya.